Islamic Widget

Khamis, 15 Julai 2010

Kata - kata hikmah

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.

Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yang derita. Hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.

Kita jangan selalu mengharap…kerana mengharap tidak pasti tertunai. Tetapi kita boleh bersabar…kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan. Jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yang dicinta.

Keinsafan bukan mudah untuk ditatang, tapi jelas diulang-ulang. Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata. Jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya.

Zaman berubah tetapi dendam manusia tidak pernah berubah. Lelaki yang gagah mustahil tidak pernah menangis. Tetapi percintaan yang akan menyebabkan mereka menangis.

Nilai persahabatan diukur dengan kejujuran bukan kebendaan. Jadilah ubi yang bertutup rapat, bukannya kek yang berkrim tetapi diharungi lalat.

Kedewasaan tidak menghalang apa yang diinginkan oleh setiap insan. Manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu. Tidak dapat bebas dengan sempurna kecuali tali itu putus; barulah ia bebas melayang.

Ahad, 4 Julai 2010

Cinta yang dasyat !!!

Bismillahirrahmanirrahim....
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata,
"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s,
"Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu." Berkata pemuda itu lagi,
"Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa,
"Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung. Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu."
Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata,
"Aku ini Isa a.s."
Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi,
"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya." Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
************
Rasulullah S.A.W telah bersabda,
"Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima : 1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat. 2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab. 3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq. 4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat. 5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
***********
Soalan saya yang....
Pertama : Jarrah tu ape ye?
Kedua : Jika nak di buat perbandingan... keadaan saya x sama langsung dengan pemuda kat atas tu... jadi adakah maknanya......???
Ketiga : Apakah keadaan anda sama @ sipi2 serupa dengan keadaan tersebut?
kalau iye...beruntungnya anda...huhuuu

Kejadian Nabi Adam A.S

"BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI"

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan
Tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa,
mendengar sumpah bumi.
Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat
Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan
Malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan
masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata
Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.
Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau
mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi,
maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah
Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku
Yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.


TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak
manusia, dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan
tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat
kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan
kerjasama sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya
syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman,
keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan
mendoakan kepada Tuhan.


Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air
masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran
dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian
diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah
pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan
rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi
dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu
sifat "Jalan dan Jammal". Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang
Sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia
pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi
patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail
untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk
dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali
kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah
diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai
peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala dan dua buah liang dibawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Yang
dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan
sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah
memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula
ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah
urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika
itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga
melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih
dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya
lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan
padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat
Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi
rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat
mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan
"Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun.
Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini
menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka
tergesa-gesa".(Al-Israk:II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah
merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua
malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam
diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada
seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke
syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Pencipta
sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya,
kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan."