Islamic Widget

Isnin, 13 Julai 2009

Hikmah Penciptaan Lalat

Orang memandan bahawa lalatt datang hanya untuk menganggu ketenteraman mereka, tetapi disebalik itu ada juga hikmahnya. Diceritakan bahwa pada suatu hari ketika Khalifah Al-mansur sedang sibuk menyelesaikan kerja-kerjanya datang seekor lalat hinggap dibahagian mukanya. Dengan cepat Al-mansur menghalaunya, lalat itu pun terbang. Sebentar kemudian lalat itu datang lagi dan Al-Mansur segera menepisnya. Begitulah seterusnya lalat berkali-kali hinggap di muka Al-Mansur dan setiap kali itu pula Al-Mansur menepisnya. Sehingga akhirnya Al-Mansur menyesal kerana kerja-kerjanya terganggu hanaya kerana seekor lalat yang tidak mempunyai apa-apa erti. Kemudian dia berfikir"Kalau macam ini lah, lalat itu betul-betul mengganggu dan tidak berguna langsung."
Kemudian Al-Mansur bertanya kepada Jakfar Shadiq : "Wahai Abu Abdullah ! kenapa Allah menciptakan lalat?"
" Supaya dengan lalat itu Allah dapat menunjukkan kehinaan orang-orang yang sombong dan membangga diri "jawab Jakhfar Shadiq.
Setelah mendengar jawapan itu ,Al-Mansur mendiamkan diri. Dengan jawapan itu jugalah Khalifah Al-Mansur sedar bahawa walaupun dirinya seorang Ketua Negara yang di sanjung dan dijunjung rakyat namun tiada ertinya bagi seekor lalat.